Monday, October 19, 2009

Rintihan Rasa Buat IPR

Dari jauh ku datang…

Demi..untuk menimba ilmu

Mencapai cita-cita suciku..

Menjadi pendidik sejati..


Di sini…

Di bawah bumbung IPR, syurga tercinta

Namamu harum..

Walau hanya sekadar cuma

Aku bersamamu..


Para pendidikku, (khas buat pensyarah-pensyarah IPR)…

Melodi apakah kaudendangkan?

Semuanya tidak bersaingan..

Untukku..terlalu indah

Bimbinganmu penuh penghargaan

Jasamu tidak ternilai

Senyumanmu mendamaikan..


Pendidikku,

Mutiara katamu terlalu indah

Kau dendangkan di telingaku

Kalimat-kalimat pedoman

Kau lagukan di hatiku kata-kata suci..

Terima kasih pendidikku!


Kini,

Kepiluan kian mendekati..mencemburui

Saat kakiku akan melangkah

Untuk berlalu pergi meninggalkanmu

Setelah sekian lama menikmati jasamu..


Teman, (teristimewa buat semua pelajar IPR)..

Hadirmu dalam hidupku

Membawa satu cahaya cinta

Dalam ingatanku..

Masih terbayang-bayang saat-saat manis bersamamu

Namun..hari-hari berlalu

Begitu kejam sehingga membawa

satu lagenda kesedihan bersama perpisahan

demi untuk..membawa haluan sendiri

mengikut lorong hati

yang tersembunyi di sebaliknya..


Teman,

Walaupun kita berjauhan

akan ku hubungi dengan coretan rindu

warkah memori berlagu pilu..bersama angin yang berlalu

hanya dapat ku kirimkan

salam kerinduan yang penuh dengan ketandusan kedukaan

kerana..aku masih terlalu merindukanmu..


Teman,

kiranya kau mendengar bisikan hati ini..

tentulah kalian mengingati kerana

tanpamu..aku kini sendiri menyepi..


Di bawah bumbung IPR..

betapa dulu..

di sinilah duniaku..

tempat menimba ilmu..

tempat berkasih..

tempat bermesra..

tapi kini,

kutinggalkan jua duniaku…

Dalam cahaya pagi,

dalam suasana sepi..

dalam serpihan rindu..

kini mulalah penghidupan baru

dalam suasana hiba..

Masa terus berlalu..

awan berarak pantas..

sang bayu meniup sepoi-sepoi bahasa

tatkala nyiur melambai-lambai

bagaikan pemergian kami ditangisi..


Selamat tinggal IPR..

selamat tinggal pendidikku..

selamat tinggal teman-temanku..

selamat tinggal duniaku..


betapa pun kini,

terasa berat kaki melangkah

meninggalkan dunia yang kucintai

kupaksa…kugagahi jua..

tetapi tidak harus kusesali perpisahan ini

kerana setiap pertemuan

pasti disusuli perpisahan..


Selamat tinggal IPR..

ada kemaafan kami pinta

ada tangisan sepanjang jalan


selamat tinggal IPR..

namamu dalam dakapan kasih setiaku

kutinggalkan dengan impian doa

semoga kuntumanmu mekar selalu

wangi…semarak namamu..


Dengan hati yang terpilu,

kunyanyikan sebuah lagu syahdu

untuk mengubat rindu di kalbu..


Perpisahan,

tetap perpisahan..

berlalu dan berakhir dengan sebuah tangisan

aku tidak mampu menahan..

hanya dapat merelakan

dengan iringan alunan melodi perpisahan

tapi..takkan kubiarkan

ia berlalu tanpa pesan

hanya dapat ku hulurkan salam perpisahan..


Selamat tinggal IPR..

kalian yang kukasihi

lumrah dunia itulah ia..

pertemuan bagaikan madu..

saat perpisahan hempedulah jadinya..


Teristimewa buat semua waga IPR..

jasamu tetap kukenang..

kalian tetap bertakhta..segar di sanubariku

jauh di mata dekat di hati..


Selamat tinggal semua..

walaupun kita dipisah..terpisah dengan resah

walaupun jasadku dikandung tanah..

namun..jiwa dan naluriku tetap bersamamu kalian

percayalah..

perpisahan ini konon telah bernama..

kerana inilah..

"THE BEGINING OF THE ENDING"






Rintihan rasa,

Qolyeen_Aaryan


Terasing Di Bumi Sendiri

Aku…

Bukanlah sempurna rupa

Juga bukan sempurna gaya

Yang ku pasti

Aku hanya insan biasa

Yang hanya menumpang

Kasih dan sayang

Di sudut dunia.

Aku sedar…

Aku hanya insan kerdil

Lebih hina dari segalanya

Memang aku sedari...

Aku bukanlah seorang pujaan

Bukan juga seorang wira

Yang gagah berani mati

Hanya niatku...

Hidup di bumi ini

Ingin melihat

Ingin gembira

Juga berbahagia

Di samping teman-teman

Juga bersama insan-insan lain

Tiada terniat di hati…

Khianat- mengkhianati

Musuh-memusuhi

Yang terniat hanyalah persaudaraan

Tapi mengapa…mengapa??

Aku dicerca

Sentiasa dihina

Aku..sendiri merana

Namun aku terima...

Mengerti takdir seadanya

Walaupun

Aku terasing di bumi sendiri…

Goresan pena;

Qolyeen_Aaryan87

Rintihan Pada Alam

Alam…

Alangkah indahnya alam..

Tenang sang bayu

Tenangnya tiada kebingitan

Kedamaiannya mengasyikkan

Bagaikan tiada penghujung..

Manusia...

Wahai penghuni alam ini

Rambut sama hitam

Hati lain-lain

Kedatanganmu membinasakan

Ada kawan makan kawan

Wahai manusia dan alam…

Ayuhlah sedar dari lamunan

Hayatilah pujanggaku ini,

Makan biar berkawan,

Jangan kawan makan kawan..

Berkawan biar seribu,

Bercinta biar satu..

Alangkah kudusnya alam ini

Jika keadilan berkuasa di alam ini.

Angan-anganku...

Inginku kuduskan alam ini

Alam yang tenat menderita,

Terlalu uzur

Dek kerakusan manusia.

Impianku...

Inginku kuduskan alam ini

Dari semua manusia durjana

Dari semua syaitan bertopengkan manusia

Agar ku dapat melihat kedamaian

Agarku bebas bak burung terbang tinggi

Seperti jua semut di bumi

Agar dapatku hidup damai abadi.

Hasil nukilan,

Qolyeen_Aaryan87

Secoret Kata Untuk Dirasa

Warkah ini…

Kutujukan khas buatmu

Di kala kau semai benih kasihmu

Di setiap penjuru jiwaku...

Kata-katamu...

Mencuri hatiku

Di kala ia kaku, terkulai layu

Kau renjis kasih sayangmu

Meresap nun jauh di lubuk sanubariku...

Keayuanmu...

Membelai kalbu

Senyummu mendamaikan

Kelembutanmu menyentuh jiwa

Keramahanmu pengubat duka

Terasa dunia milik berdua

Kekal abadi hingga ke mati...

Perasaanku...

Kini keliru

Dicengkam rasa rindu

Dibelenggu rasa kasih

Diburu rasa sayang..

Kini...

Aku semakin keliru

Semakin keliru

Tatkala aku mula belajar

Kerana...

Mungkinkah ini rasanya

Erti sebuah CINTA goresan pena,

Qolyeen_Aaryan87

Cahaya Hati

Inginku sulam…

Embun-embun pagi

Bersama angin-angin senja

Agar menjadi

Memori indah bersama

Inginku jahit…

Awan-awan di langit biru

Bersama cerah matahari

Biar menjadi baju pelindungmu

Di kala mu keseorangan

Inginku sunting...

Hijau-hijau alam

Bersama ketenangan dinihari

Sebagai kenangan

Tanda kesetiaan

Inginku kucup…

Wajah-wajah alam

Bersama bayu malam

Nan indah meyusur manja

Demi mengejar

Kegembiraan bersamamu.

Inginku belai...

Awan mendung kelabu

Bersama titis-titis resah hujan

Sebagai rahmat bagimu

Agar dijauhi segala

Kepayahan

Sesungguhnya ku ingin...

Sentiasa ingin bersamamu

Biar hidup mati bersama

Kerana kau

Insan kesayanganku

Kerana kau

Cahaya Hati ini...

Hasil coretan;

Qolyeen_Aaryan87

Teman

Teman…

Jika semalam aku terlalu bergembira..

Sedarkanlah aku

Hari-hari esok mungkin dipenuhi KESEDIHAN

Teman…

Jika tika itu aku bergelak ketawa

Ingatkanlah aku

Bahawa waktu mendatang mungkin dipenuhi TANGISAN

Teman…

Andai tika ini aku terlalu jahat

Pimpinlah aku...ajarilah aku

Nilai-nilai KEMANUSIAAN

Teman...

Jika dahulu aku terasa hina

Kau pujuklah aku

Dengan kehebatan SYURGA

Teman...

Jika hari ini aku tidak berdaya

Kau bisiklah kepadaku

Tentang kekuasaan MAHA PENCIPTA

Teman...

Andai selama ini aku menyakitimu

Luahkankah

Agar aku BERUBAH

Wahai teman-temanku...

Andai esok aku beradu tanpa jaga

Kau iringlah lenaku dengan

Kalungan DOA…

Goresan pena;

Qolyeen_Aaryan87