Rintihan Rasa Buat IPR
Dari jauh ku datang…
Demi..untuk menimba ilmu
Mencapai cita-cita suciku..
Menjadi pendidik sejati..
Di sini…
Di bawah bumbung IPR, syurga tercinta
Namamu harum..
Walau hanya sekadar cuma
Aku bersamamu..
Para pendidikku, (khas buat pensyarah-pensyarah IPR)…
Melodi apakah kaudendangkan?
Semuanya tidak bersaingan..
Untukku..terlalu indah
Bimbinganmu penuh penghargaan
Jasamu tidak ternilai
Senyumanmu mendamaikan..
Pendidikku,
Mutiara katamu terlalu indah
Kau dendangkan di telingaku
Kalimat-kalimat pedoman
Kau lagukan di hatiku kata-kata suci..
Terima kasih pendidikku!
Kini,
Kepiluan kian mendekati..mencemburui
Saat kakiku akan melangkah
Untuk berlalu pergi meninggalkanmu
Setelah sekian lama menikmati jasamu..
Teman, (teristimewa buat semua pelajar IPR)..
Hadirmu dalam hidupku
Membawa satu cahaya cinta
Dalam ingatanku..
Masih terbayang-bayang saat-saat manis bersamamu
Namun..hari-hari berlalu
Begitu kejam sehingga membawa
satu lagenda kesedihan bersama perpisahan
demi untuk..membawa haluan sendiri
mengikut lorong hati
yang tersembunyi di sebaliknya..
Teman,
Walaupun kita berjauhan
akan ku hubungi dengan coretan rindu
warkah memori berlagu pilu..bersama angin yang berlalu
hanya dapat ku kirimkan
salam kerinduan yang penuh dengan ketandusan kedukaan
kerana..aku masih terlalu merindukanmu..
Teman,
kiranya kau mendengar bisikan hati ini..
tentulah kalian mengingati kerana
tanpamu..aku kini sendiri menyepi..
Di bawah bumbung IPR..
betapa dulu..
di sinilah duniaku..
tempat menimba ilmu..
tempat berkasih..
tempat bermesra..
tapi kini,
kutinggalkan jua duniaku…
Dalam cahaya pagi,
dalam suasana sepi..
dalam serpihan rindu..
kini mulalah penghidupan baru
dalam suasana hiba..
Masa terus berlalu..
awan berarak pantas..
sang bayu meniup sepoi-sepoi bahasa
tatkala nyiur melambai-lambai
bagaikan pemergian kami ditangisi..
Selamat tinggal IPR..
selamat tinggal pendidikku..
selamat tinggal teman-temanku..
selamat tinggal duniaku..
betapa pun kini,
terasa berat kaki melangkah
meninggalkan dunia yang kucintai
kupaksa…kugagahi jua..
tetapi tidak harus kusesali perpisahan ini
kerana setiap pertemuan
pasti disusuli perpisahan..
Selamat tinggal IPR..
ada kemaafan kami pinta
ada tangisan sepanjang jalan
selamat tinggal IPR..
namamu dalam dakapan kasih setiaku
kutinggalkan dengan impian doa
semoga kuntumanmu mekar selalu
wangi…semarak namamu..
Dengan hati yang terpilu,
kunyanyikan sebuah lagu syahdu
untuk mengubat rindu di kalbu..
Perpisahan,
tetap perpisahan..
berlalu dan berakhir dengan sebuah tangisan
aku tidak mampu menahan..
hanya dapat merelakan
dengan iringan alunan melodi perpisahan
tapi..takkan kubiarkan
ia berlalu tanpa pesan
hanya dapat ku hulurkan salam perpisahan..
Selamat tinggal IPR..
kalian yang kukasihi
lumrah dunia itulah ia..
pertemuan bagaikan madu..
saat perpisahan hempedulah jadinya..
Teristimewa buat semua waga IPR..
jasamu tetap kukenang..
kalian tetap bertakhta..segar di sanubariku
jauh di mata dekat di hati..
Selamat tinggal semua..
walaupun kita dipisah..terpisah dengan resah
walaupun jasadku dikandung tanah..
namun..jiwa dan naluriku tetap bersamamu kalian
percayalah..
perpisahan ini konon telah bernama..
kerana inilah..
"THE BEGINING OF THE ENDING"
Rintihan rasa, Qolyeen_Aaryan

